SEJARAH SUKAN HOKI
Sukan
hoki lelaki di SMK Dato’ Mohd Taha telah bermula pada lewat tahun 1970an. Pada
peringkat awal, pasukan hoki sekolah ini menjadi pasukan belasahan kepada SMK
Tunku Besar, Tampin, yang pada ketika itu merupakan pasukan hoki yang hebat di
Peringkat Daerah dan Negeri.
Keadaan
mula berubah pada tahun 1980an. Tanpa peralatan dan kemudahan yang mencukupi,
usaha-usaha mempertingkatkan kemahiran pemain-pemain hoki sekolah ini telah dimulakan.
Seramai 15 orang pemain Tingkatan 1 dari sesi petang telah dipilih dan
diberikan Latihan Asas Kemahiran Hoki. Latihan berterusan sebanyak 4 kali
seminggu selama 2 jam bagi setiap sesi latihan bagi kumpulan asas ini telah
membuahkan hasil pada tahun 1984 apabila pasukan hoki B15 Tahun sekolah ini
telah menjuarai Pertandingan Hoki B15 Tahun MSS Daerah Tampin buat kali pertama
dengan mengalahkan SMK Tunku Besar Tampin.
Kejayaan
ini telah mendorong lebih banyak pelajar untuk meminati permainan hoki di
sekolah ini. Selain daripada program latihan yang berterusan, beberapa program
sampingan seperti Program Perkhemahan Sukan juga telah diadakan untuk
merangsang lebih ramai pelajar meminati permainan hoki. Pada tahun 1987, Kelab
Hoki SMK Dato’ Mohd Taha telah ditubuhkan dengan keahlian seramai 80 orang
pelajar. Tujuan penubuhan Kelab ini adalah supaya program latihan dan aktiviti
pemain hoki dapat dijalankan dengan lebih licin dan teratur.
Kejayaan
demi kejayaan terus dicapai oleh pasukan hoki sekolah ini dalam Pertandingan
B15 dan B18 Tahun, baik di peringkat Daerah mahupun peringkat Negeri. Pada
tahun 1991, pasukan hoki B18 Tahun sekolah ini telah muncul sebagai Johan MSSNS.
Pada tahun 1992, pasukan hoki sekolah ini telah mencatat sejarah apabila muncul
sebagai Johan dalam Kejohanan Hoki Juara Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul
Khusus dan seterusnya mewakili Negeri pada kejohanan yang sama di peringkat
Kebangsaan. Kemenangan itu dianggap istimewa kerana pada ketika itu terdapat 3
pasukan hoki yang mempunyai tradisi hoki yang cemerlang iaitu SMK King George
V, SMK St. Paul dan SMK. Tunku Besar, Tampin.
Nama
SMK Dato’ Mohd Taha mula dikenali ramai apabila nama pemain dan sekolah mula
bersinar dalam media cetak semenjak tahun 1991. Berdasarkan kejayaan yang telah
dicapai, pasukan hoki sekolah ini telah mula mendapat perhatian serta sokongan
dan bantuan daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yayasan
Negeri Sembilan, YB Wakil Rakyat dan YB Ahli Parlimen, tokoh-tokoh koparat
serta penduduk setempat. Atas cadangan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul
Khusus, sekolah ini telah dijadikan Pusat Program Tunas Cemerlang Hoki MSN /
MSSM pada tahun 1998-2006, Program Hoki Sukan Teras Prestasi Tinggi MSN/MSSM
tahun 2007, Program Hoki Cawangan Pelapis Negeri MSN/MSSN tahun 2008 dan
Program Sukan Hoki Prestasi Tinggi (Pusat Daerah Tampin) KPM bermula pada tahun
2009 dan Program Hoki 1 MAS KHM bermula pada tahun 2012.
Dengan
program latihan yang lebih teratur, kejayaan terus dicapai oleh pasukan hoki
sekolah ini dan pada tahun 2000, pasukan hoki sekolah ini telah menyertai Liga
Hoki Remaja Malaysia
di bawah namanya sendiri. Namun demikian, ramai pemain hoki sekolah ini telah
mewakili pasukan Yayasan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban dalam
Liga tersebut sejak tahun 1995. Selain daripada itu, ramai pemain hoki sekolah
ini juga telah dipilih oleh Persatuan Hoki Negeri Sembilan Darul Khusus bagi
mewakili Negeri dalam Pertandingan Hoki B14, B15, B16 dan B21 Tahun Kebangsaan,
SUKMA dan Piala Razak. Begitu juga pertandingan B18 Tahun di peringkat MSSM.
Masih
ramai bekas-bekas pemain hoki sekolah ini terus bermain hoki dengan mewakili
Kelab-Kelab seperti Tenaga Nasional Berhad, Yayasan Negeri Sembilan dan Maybank
di dalam pertandingan di peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2003, lebih daripada
30 orang pemain dan bekas pemain hoki sekolah ini telah bermain di dalam Liga
Hoki Remaja Malaysia .
Atas kejayaan sekolah ini menghasilkan ramai
pemain Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan, pihak Majlis Sukan Negara Malaysia
telah menyediakan separuh padang hoki ‘turf’ di sekolah ini pada tahun 2002.
PENCAPAIAN/PENYERTAAN
PASUKAN HOKI LELAKI SMKDMT
01. PERTANDINGAN HOKI BAWAH 15 TAHUN
muncul JOHAN peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan(MSSMNS) pada tahun 1994, 1995, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005dan 2009.
menyumbangkan sebahagian besar pemain bagi mewakili Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Tampin (MSSMDT) ke Kejohanan MSSMNS
menyumbangkan sebahagian besar pemain bagi mewakili Persatuan Hoki NegeriSembilan Darul Khusus dalam Kejohanan Hoki B15 Tahun Kebangsaan
muncul JOHAN dalam Pertandingan Hoki 6 Sebelah MSSMNS dari tahun
- 1997 hingga 2002, 2008, 2013
02. PERTANDINGAN HOKI BAWAH 18 TAHUN



03. KEJOHANAN HOKI JUARA SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI SEMBILAN/MALAYSIA


04. LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA PHM /
MSN / MILO

i. Pasukan Majlis Perbandaran Seremban
(1995-1996)
ii. Pasukan Persatuan Hoki Daerah Tampin
(1997)
*
berjaya menduduki tempat ke-3
iii. Pasukan Yayasan Negeri Sembilan
(1998-1999)
*
berjaya menduduki tempat ke-2




05.PERTANDINGAN HOKI B18 TAHUN TERBUKA ‘KILAT
SIXES & SEVENS’ TENAGA NASIONAL BERHAD, KUALA LUMPUR


06 PERTANDINGAN HOKI TUNAS CEMERLANG
KEBANGSAAN MSN / MSSM

07 LIGA HOKI NEGERI SEMBILAN PHNS/MSSNS


ADA BANYAK LAGI
PERTANDINGAN/KEJOHANAN YANG DISERTAI OLEH PASUKAN HOKI SEKOLAH INI DAN
KEPUTUSANNYA AMAT MENGGALAKKAN.
PENCAPAIAN
PEMAIN HOKI LELAKI SMK. DATO’ MOHD TAHA Di
antara pemain-pemain yang telah menempa nama di peringkat KEBANGSAAN ialah :-
NAMA PEMAIN
|
PENYERTAAN
|
SUHAIMI
BIN IBRAHIM
|
Ø
Pasukan
Remaja Malaysia-2000
Ø
Pasukan
Kebangsaan 1998-2001
Ø
Bersara
pada tahun 2001
|
MOHD
FAIRUZ BIN RAMLI
|
Ø
PasukanRemajaMalaysia
1999-2001
Ø
Pasukan
Kebangsaan 2001-2005
Ø
Mewakili
Negara (2006)
|
NOR
AZLAN RAHIM
|
Ø
Pasukan
Remaja
Ø
Pasukan
MSSM 1998
Ø
Pasukan
Kebangsaan 2000-2005
Ø
Mewakili
Negara (2006)
|
NOR
EFFENDY BIN RAMLI
|
Ø
Pasukan
Remaja
Ø
Masih
aktif mewakili Kelab
|
SEGARAN
A/L VANNIMUTHU
|
Ø
Pasukan
Remaja 1995
|
FAHARUL
NAZREY BIN HARUN
|
Ø
Pasukan
MSSM
|
RAZLEE
AMREE BIN MUSTAFAR
|
Ø
Pasukan
Remaja B16 M’sia 2005
|
VIMALAN
A/L SELVAM
|
Ø
Pasukan
Remaja B16 M’sia 2005
|
MUNIANDY
A/L SUBRAMANIAM
|
Ø
Pelatih
pasukan Remaja Malaysia 2006
|
MOHD
ZULFADLI BIN M. ROSLY
|
Ø
Pelatih
pasukan Remaja Malaysia 2006
|
ANUGERAH
Di
atas kejayaan cemerlang pasukan hoki sekolah ini, sekolah ini telah menerima
Anugerah ‘PILLARS OF THE SCHOOL-THE STAR-MILO AWARD’ daripada akhbar The Star pada tahun 1995
GURU
- GURU PROGRAM SUKAN HOKI SMK. DATO’ MOHD TAHA
01. CIKGU ROSLAN BIN MOHAMAD, PJK
·
Jurulatih
sekolah dari tahun 1982 sehingga kini (2014)
·
Jurulatih
Program Tunas Cemerlang Hoki MSN/MSSM dari tahun 1998
hingga
2006
·
Jurulatih
Daerah / MSSMNS / Negeri / MSSM
·
Ahli
Panel Jurulatih Program Tunas Cemerlang Hoki MSN / MSSM dari tahun 2003
sehingga 2006
·
AJK
Kejurulatihan Persatuan Hoki Negeri Sembilan Darul Khusus
·
Jurulatih
Program Hoki Sukan Teras MSN / MSSM tahun 2007
·
Jurulatih
Program Hoki Cawangan Pelapis Negeri MSN tahun 2008
·
Jurulatih
Program Hoki Prestasi Tinggi Sekolah KPM dari tahun 2009
sehingga kini (2014)
·
Jurulatih
Program Hoki 1 MAS KHM dari tahun 2012 hingg kini (2014)
·
Ahli
Jawatan Kuasa Kejurulatihan Hoki PHNS dari tahun 1998 sehingga kini (2014)
02. CIKGU ABU HUSSIN BIN ABU
·
Jurulatih
sekolah dari tahun 1978 sehingga tahun 1998
·
Jurulatih
Program Tunas Cemerlang Hoki MSN /MSSM dari tahun 1998
sehingga
tahun 2003
CATATAN : BERSARA
03. CIKGU KEW CHEE KIM
·
Pengurus
Pasukan Sekolah dari tahun 1983 sehingga tahun 1999 dan dari tahun
2001 sehingga 2009
·
Pengurus
Pasukan Daerah / MSSNS
·
Jurulatih
sekolah dan Program Tunas Cemerlang Hoki MSN / MSSM dari
tahun
2005 sehingga 2006
·
Jurulatih
Program Hoki Sukan Teras MSN / MSSM tahun 2007
·
Jurulatih
Program Hoki Cawangan Pelapis Negeri MSN tahun 2008
·
Jurulatih
Program Hoki Prestasi Tinggi Sekolah KPM dari tahun 2009
sehingga kini (2014)
04. CIKGU MOHD MUSTAZA BIN ABD. MANAP Pengurus Pasukan
Sekolah bermula tahun 2010
No comments:
Post a Comment