PERLEMBAGAAN
KELAB HOKI
SEK.
MEN. KEB. DATO’ MOHD TAHA, 73200 GEMENCHEH
NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS
________________________________________________________________________
01. NAMA KELAB : KELAB
HOKI SMKDMT
02. ALAMAT : SEK. MEN. KEB. DATO’ MOHD TAHA,
73200,
GEMENCHEH, NSDK.
03. OBJEKTIF :
i. Menimba
pengetahuan tentang permainan hoki.
ii. Menanam
sikap bertanggungjawab, semangat bersukan dan
perpaduan ahli.
iii.
Menggalakkan ahli-ahli
melibatkan diri dalam kegiatan
Sukan dan
menjadi anggota masyarakat yang sihat dan
cergas.
iv.
Menanam sikap dan semangat
ahli-ahli untuk meningkatkan
Imej sekolah.
04. KEAHLIAN :
4.1 Kelab ini
terbuka kepada SEMUA pelajar lelaki Sek. Men. Keb
Dato’ Mohd Taha.
4.2 Pelajar-pelajar
yang ingin menjadi ahli Kelab dikehendaki
mengisi dan melengkapkan ‘Borang Pendaftaran’
yang
disediakan.
4.3 Keahlian
akan dimansuhkan jika ahli gagal menjelaskan
‘Yuran Penggal’ selama 2 penggal serta
melanggar syarat-
syarat keanggotaan.
05. PENGURUSAN :
5.1 Kelab ini
akan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa yang
dipilih oleh ahli-ahli Kelab dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
5.2 Ahli-ahli
Jawatankuasa terdiri daripada :
(a) Presiden
(b) Timbalan
Presiden
(c) Setiausaha
(d) Penolong
Setiausaha
(e) Bendahari
(f) Ahli
Jawatankuasa kecil (Wakil-wakil Tingkatan mengikut
keperluan)
5.3 Kelab ini dibimbing oleh guru-guru
penasihat yang dilantik oleh
Pengetua.
06. KEWANGAN
6.1 Ahli-ahli
dikehendaki membayar Yuran Pendaftaran
sebanyak RM1.00 serta
RM5.00 untuk tali leher. 6.2 Ahli-ahli
dikehendaki membayar Yuran Penggal
sebanyak RM3.00
sepenggal.
6.3 Bendahari
akan mengutip dan merekodkan Yuran
Pendaftaran serta semua
perbelanjaan kelab.
6.4 Rekod
kewangan akan disemak oleh guru penasihat.
6.5 Tiap-tiap
pembayaran akan disertakan dengan resit
sebagai bukti
pembayaran.
6.6 Semua
sumbangan yang diberi oleh mana-mana
pihak mesti di atas nama
‘Bendahari PIBG SMKDMT’.
6.7 Semua
kewangan Kelab Hoki dimasukkan ke dalam
Akaun PIBG..
6.8 Segala
pengeluaran wang kelab mesti mendapat 2
tandatangan Guru
Penasihat /Guru Penolong Kanan .
07 MESYUARAT AGUNG
7.1 Mesyuarat
Agung akan diadakan pada setiap awal
persekolahan.
7.2 Mesyuarat
Agung diadakan untuk:
(a) Melantik Ahli J/Kuasa baru
(b) Membincang aktiviti-aktiviti Kelab
(c) Membentang laporang kewangan
(d) Membincang hal-hal yang berkaitan
08. TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA
8.1 Presiden
a. Mempegerusikan semua Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa
dan Mesyuarat Agung.
b. Menentukan Ahli-ahli Jawatankuasa menjalankan
tugas dan ahli-ahli bergerak cergas dalam aktiviti kelab
8.2 Timbalan
Presiden
a. Membantu tugas-tugas –Presiden.
b. Mengambil alih tugas –tugas Presiden
jika beliau tidak dapat menghadiri atau
menjalankan tugas atas sebab-
sebab-sebab tertentu.
8.3 Setiausaha
a. Mencatat minit mesyuarat dan mendaftar
nama-nama
ahli
dengan sempurna.
b. Menjadi penyelaras kepada
aktiviti-aktiviti Kelab
c. Membuat laporan.
d. Menyimpan minit-minit mesyuarat dan menyimpan buku-buku dan rekod-rekod yang berkenaan.
8.4 Penolong
Setiausaha
a. Membantu tugas-tugas Setiausaha.
b. Mengambil alih tugas-tugas Setiausaha jika
beliau tidak
dapat menghadiri atau menjalankan tugas-tugas atas sebab-sebab tertentu
8.5 Bendahari
a. Bertanggungjawab dalam urusan kewangan
Kelab.
b. Menyimpan kira-kira serta perkara-perkara yang
berkaitan dengan
kewangan kelab.
8.6 Ahli-ahli
Jawatankuasa Kecil
a. Membantu menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelab.
8.7 Guru-guru
Penasihat
a. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan
pendidikan kepada
SEMUA ahli kelab.
09. UNDANG-UNDANG
SERTA PERATURAN-PERATURAN
9.1 Kegiatan-kegiatan
yang dijalankan oleh kelab ini
hendaklah menurut segala
Undang-undang/
Peraturan-peraturan kelab dan sekolah
ini.
10. PINDAAN PERLEMBAGAAN 10.1 Perlembagaan kelab ini boleh
diperbaiki atau
ditokoktambah apabila perlu.
10.2 Usul meminda Perlembagaan hendaklah
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan hanya boleh dikuatkuasakan
apabila usul pindaan ini mendapat sokongan2/3 daripada ahli-ahli yang
menghadiri Mesyuarat Agung itu.
11. CATATAN
11.1 Perlembagaan
ini mula berkuatkuasa pada
________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment