SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’
MOHD TAHA
73200
GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
=========================================================
KERTAS CADANGAN PEMBINAAN PADANG HOKI mini
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1.0 LATAR BELAKANG
2.0 MATLAMAT PROJEK
2.1 Projek ini merupakan
projek untuk membina sebuah padang hoki mini bersaiz 22m X 44m di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, NSDK. Oleh itu, bagi
merealisasikan matlamat ini, pihak sekolah bercadang untuk mencari dana yang
secukupnya sebanyak RM 100, 000. (Ringgit Satu Ratus Ribu Sahaja)
2.2 Melalui
projek ini, pihak Yang Berhormat Tuan diharapkan dapat menyumbang dana
bagi pembinaan padang hoki mini yang dimaksudkan.
2.4 Terdapatnya Kejohanan
Hoki Dalam Dewan Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara.
Pasukan hoki Negeri Sembilan sering mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut
tetapi tidak ada padang hoki mini untuk sesi latihan. Dengan adanya padang hoki
mini ini dapatlah SMKDMT menyediakan kemudahan yang ada pada pihak-pihak yang
berkaitan serta dapat menganjurkan
program pembangunan hoki seperti latihan
dan menganjurkan pertandingan - pertandingan di dalam negeri ini.
3.0 KEKUATAN SUKAN HOKI DI Smk. dato’
mohd taha
3.1 SMKDMT
merupakan nama sebuah sekolah yang dikenali dalam penggiat sukan hoki yang
telah berjaya menjalankan program kecemerlangan sukan hoki di peringkat negeri
dan kebangsaan.
3.2 Program
Kecemerlangan Hoki SMKDMT yang telah dimulakan semenjak tahun 1998 telah
berjaya melahirkan ramai pemain hoki di peringkat Daerah, Negeri dan
Kebangsaan.
3.2.1 Program Tunas Cemerlang Hoki MSN / MSSM (1998 – 2006)
3.2.1 Program Tunas Cemerlang Hoki MSN / MSSM (1998 – 2006)
3.2.2 Program Pembangunan Hoki Sukan Teras
Prestasi Tinggi MSN / MSSM (2007)
3.2.3 Program Pembangunan Hoki Majlis Sukan Negeri
(2008)
3.2.4 Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Hoki
KPM (2009 Hingga Kini ,2014)
3.2.5 Program Hoki 1 MAS Konfederasi Hoki Malaysia
(2012 Hingga Kini, 2014)
3.3 SMKDMT
pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili Negara seperti Suhaimi bin
Ibrahim dan Mohd Fairus bin Ramli.
3.4.1 Liga Hoki Remaja Malaysia (menyertai semenjak Tahun 1995)
3.4.2 Liga Hoki Negeri Sembilan Darul Khusus
3.4.3 Pesta USM – Penang International
3.4.4 Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus
3.4.5 Pertandingan – pertandingan peringkat umur Bawah 14 , 15, 16 dan 18 Tahun
anjuran Persatuan Hoki Negeri Sembilan Darul Khusus
3.4.6 Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun SPTS
3.5 Pada
tahun 2014, ramai pemain hoki SMKDMT telah terpilih mewakili pasukan Negeri di peringkat Kebangsaan :
3.5.1 Liga
Hoki Remaja Malaysia
: 20 orang
3.5.2 Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan : 03
orang
3.5.3 Hoki Bawah 18 Tahun MSSM : 04 orang
3.5.4 Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan : 04 orang
3.5.5 Hoki Bawah 16 Tahun Dalam Dewan Kebangsaan : 05
orang
3.5.6 Hoki Bawah
16 Tahun 1 MAS Kebangsaan
: 03 orang
3.6 SMKDMT memiliki Kelab Hoki sendiri yang
terdiri daripada pemain-pemain hoki dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 seramai
65 orang.
4.0
PERNYATAAN MASALAH
Walaupun SMKDMT memiliki kekuatan
tersendiri dalam sukan hoki, namun didapati beberapa kekangan timbul dari
aspek latihan. Antaranya SMKDMT tidak memiliki tempat latihan yang sempurna
kerana hanya berlatih di atas padang rumput yang terpaksa berkongsi dengan
permainan-permainan lain seperti bola sepak sejak sekian lama. Keadaan
ini menimbulkan kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana:
4.1 Berlatih
di padang rumput sekarang tidak lagi sesuai kerana banyak teknikal permainan
hoki di padang turf tidak dapat dijalankan.
4.3
Masalah kewangan untuk menyewa padang turf SMK Tunku Besar Tampin dan Stadium
Hoki Seremban 2 kerana kadar sewaan adalah sebanyak RM 60.00 pada satu sesi
latihan. Jarak perjalananan ke Stadium Hoki Seremban 2 juga adalah sejauh 160
km pergi dan balik. Bayaran sewa bas untuk ke sana juga adalah sebanyak RM 550.00.
5.1 Keluasan
padang hoki mini bersaiz 22m X 44m bersimen.
6.0
ANGGARAN KEWANGAN
Bil
|
Perihal barang-barang/perkhidmatan dan
syarat-syarat khas
|
Harga (RM)
|
1
|
Kerja-kerja permulaan dengan membekal
tenaga kerja, mesin dan peralatan untuk membina permukaan gelanggang hoki pada
tapak lama padang separuh turf yang telah rosak berukuran 22 m X 44 m.
|
45, 000.00
|
2
|
Mengorek laluan saluran paip buang jenis
spring (subsoil) bawah permukaan gelanggang bagi membuang sisa air yang
bertakung apabila hari hujan dan kerja-kerja pemasangan longkang dan sum.
|
15, 000.00
|
3
|
Menambak pasir dan tanah bagi meratakan
permukaan gelanggang serta kerja memadatkan permukaan tanah menggunakan
jentera.
|
20, 000.00
|
8
|
Memasang pagar dawai di sekeliling
gelangang.
|
15, 000.00
|
9
|
Membuang sisa-sisa pembinaan dan membawa
keluar, serta mengemas semula kawasan kerja.
|
5, 000.00
|
JUMLAH BESAR
|
100, 000.00
|
8.0
PENUTUP
Disediakan oleh :
(ROSLAN BIN MOHAMAD, PJK)
Guru penyelaras/Jurulatih
hoki
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS
Disahkan oleh :
(TUAN HAJI MURTAZA BIN
HAJI ABU BAKAR)
Pengetua
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SESI LATIHAN HOKI DI PADANG RUMPUT SEKOLAH
GELANGGANG TENIS DIGUNAKAN UNTUK SESI LATIHAN HOKI
CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PADANG HOKI MINI
------------------------------------------------------------------------------------------------
PADANG RUMPUT SEKOLAH-SESI LATIHAN HOKI DIJALANKAN |
GELANGGANG TENIS DIGUNAKAN UNTUK SESI LATIHAN HOKI
CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PADANG HOKI MINI
------------------------------------------------------------------------------------------------