Wednesday, December 24, 2014

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN PADANG HOKI MINI



 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA

73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

=========================================================


 KERTAS CADANGAN PEMBINAAN PADANG HOKI mini
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


 1.0       LATAR BELAKANG

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited untuk membangunkan sukan hoki di Malaysia. Sebagai makluman, pasukan hoki Malaysia menduduki ranking ke-13 di dunia. Justeru , KBS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah untuk mewakili negara pada suatu masa nanti. Di peringkat sekolah, pihak pengurusan menjadikan  sukan hoki sebagai sukan utama selain daripada sukan tenis. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan hasrat untuk memiliki padang hoki mini di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha akan menjadi kenyataan.


2.0       MATLAMAT PROJEK

2.1      Projek ini merupakan projek untuk membina sebuah padang hoki mini bersaiz 22m X 44m di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, NSDK. Oleh itu,  bagi merealisasikan matlamat ini, pihak sekolah bercadang untuk mencari dana yang secukupnya sebanyak RM 100, 000. (Ringgit Satu Ratus Ribu Sahaja)

2.2    Melalui projek ini,  pihak Yang Berhormat Tuan diharapkan dapat menyumbang dana bagi pembinaan padang hoki mini yang dimaksudkan.

2.3      Selain itu juga, dengan berjayanya pembinaan padang hoki mini ini, perkembangan sukan hoki di SMKDMT semakin rancak dan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang nanti.

2.4       Terdapatnya Kejohanan Hoki Dalam Dewan Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara. Pasukan hoki Negeri Sembilan sering mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut tetapi tidak ada padang hoki mini untuk sesi latihan. Dengan adanya padang hoki mini ini dapatlah SMKDMT menyediakan kemudahan yang ada pada pihak-pihak yang berkaitan  serta dapat menganjurkan program pembangunan hoki  seperti latihan dan menganjurkan pertandingan - pertandingan di dalam negeri ini.



3.0       KEKUATAN SUKAN HOKI DI Smk. dato’ mohd taha

3.1       SMKDMT merupakan nama sebuah sekolah yang dikenali dalam penggiat sukan hoki yang telah berjaya menjalankan program kecemerlangan sukan hoki di peringkat negeri dan kebangsaan.

3.2    Program Kecemerlangan Hoki SMKDMT yang telah dimulakan semenjak tahun 1998 telah berjaya melahirkan ramai pemain hoki di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

            3.2.1 Program Tunas Cemerlang Hoki MSN / MSSM (1998 – 2006)
            3.2.2    Program Pembangunan Hoki Sukan Teras Prestasi Tinggi MSN / MSSM (2007)
            3.2.3    Program Pembangunan Hoki Majlis Sukan Negeri (2008)
            3.2.4    Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Hoki KPM (2009 Hingga Kini ,2014)
            3.2.5    Program Hoki 1 MAS Konfederasi Hoki Malaysia (2012 Hingga Kini, 2014)

3.3       SMKDMT pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili Negara seperti Suhaimi bin Ibrahim dan Mohd Fairus bin Ramli.

3.4       SMKDMT sering menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan, sekolah-sekolah lain di dalam dan di luar negeri dan Kelab-Kelab yang berkaitan. Antaranya :



        3.4.1 Liga Hoki Remaja Malaysia (menyertai semenjak Tahun 1995)
3.4.2 Liga Hoki Negeri Sembilan Darul Khusus
3.4.3 Pesta USM – Penang International
3.4.4 Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus
3.4.5 Pertandingan – pertandingan peringkat umur Bawah 14 , 15, 16 dan 18 Tahun
        anjuran Persatuan Hoki Negeri Sembilan Darul Khusus
3.4.6 Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun SPTS


3.5       Pada tahun 2014, ramai pemain hoki SMKDMT telah terpilih mewakili pasukan Negeri               di peringkat Kebangsaan :

            3.5.1    Liga Hoki Remaja Malaysia                                           :          20 orang
            3.5.2    Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan                              :          03 orang
            3.5.3    Hoki Bawah 18 Tahun MSSM                                        :          04 orang
            3.5.4    Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan                              :          04 orang
            3.5.5    Hoki Bawah 16 Tahun Dalam Dewan Kebangsaan       :          05 orang
            3.5.6    Hoki Bawah 16 Tahun 1 MAS Kebangsaan                  :          03 orang


3.6       SMKDMT memiliki Kelab Hoki sendiri yang terdiri daripada pemain-pemain hoki dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 seramai 65 orang.

3.7       SMKDMT juga memiliki jurulatih dalam kalangan guru yang memiliki Sijil Kejurulatihan dari Malaysian Hockey Confederation (MHC). Ini menunjukkan SMKDMT tidak memiliki masalah dari aspek kejurulatihan berdasarkan pengalaman dan pengiktirafan yang diberikan oleh MHC.



4.0       PERNYATAAN MASALAH

Walaupun SMKDMT memiliki kekuatan tersendiri dalam sukan hoki, namun  didapati beberapa kekangan timbul dari aspek latihan. Antaranya SMKDMT tidak memiliki tempat latihan yang sempurna kerana hanya berlatih di atas padang rumput yang terpaksa berkongsi dengan permainan-permainan lain seperti bola sepak sejak sekian lama.  Keadaan ini menimbulkan kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana:

4.1       Berlatih di padang rumput sekarang tidak lagi sesuai kerana banyak teknikal permainan hoki di padang turf tidak dapat dijalankan.

4.2       Pada Tahun 2002, pihak Majlis Sukan Negara telah membina separuh padang turf berukuran 50 ela X 60 ela di SMKDMT. Namun, padang itu tidak lagi sesuai untuk sesi latihan kerana keuzuran turf yang telah dipasang (bukan turf baharu)


4.3       Masalah kewangan untuk menyewa padang turf SMK Tunku Besar Tampin dan Stadium Hoki Seremban 2 kerana kadar sewaan adalah sebanyak RM 60.00 pada satu sesi latihan. Jarak perjalananan ke Stadium Hoki Seremban 2 juga adalah sejauh 160 km pergi dan balik. Bayaran sewa bas untuk ke sana juga adalah sebanyak RM 550.00.


5.0       CADANGAN PEMBINAAN


5.1       Keluasan padang hoki mini bersaiz  22m X 44m bersimen.

5.2      Tempat yang dicadangkan ialah bekas tapak padang separuh turf yang telah rosak.




6.0       ANGGARAN KEWANGAN

Bil
Perihal barang-barang/perkhidmatan dan
syarat-syarat khas
Harga (RM)
1
Kerja-kerja permulaan dengan membekal tenaga kerja, mesin dan peralatan untuk membina permukaan gelanggang hoki pada tapak lama padang separuh turf yang telah rosak berukuran 22 m X 44 m.
45, 000.00
2
Mengorek laluan saluran paip buang jenis spring  (subsoil) bawah permukaan gelanggang bagi membuang sisa air yang bertakung apabila hari hujan dan kerja-kerja pemasangan longkang dan sum.
15, 000.00
3
Menambak pasir dan tanah bagi meratakan permukaan gelanggang serta kerja memadatkan permukaan tanah menggunakan jentera.
20, 000.00
8
Memasang pagar dawai di sekeliling gelangang.
15, 000.00
9
Membuang sisa-sisa pembinaan dan membawa keluar, serta mengemas semula kawasan kerja.
  5, 000.00

                                   JUMLAH BESAR

    100, 000.00




8.0       PENUTUP

Adalah menjadi hasrat pihak sekolah untuk melihat pembinaan padang hoki mini ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan kewangan pihak-pihak yang terlibat. Sememangnya masalah kewangan merupakan cabaran terhebat dalam menjadikan matlamat projek ini dapat dicapai dan pihak sekolah percaya dengan keprihatinan pihak Yang Berhormat Tuan , hasrat untuk melihat pembangunan sukan hoki di SMKDMT akan menjadi kenyataan.



Disediakan oleh :

(ROSLAN BIN MOHAMAD, PJK)
Guru penyelaras/Jurulatih hoki
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Disahkan oleh :
  
(TUAN HAJI MURTAZA BIN HAJI ABU BAKAR)
Pengetua
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PADANG RUMPUT SEKOLAH-SESI LATIHAN HOKI
DIJALANKAN

SESI LATIHAN HOKI DI PADANG RUMPUT SEKOLAH





GELANGGANG TENIS DIGUNAKAN UNTUK SESI LATIHAN HOKI




CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PADANG HOKI MINI

------------------------------------------------------------------------------------------------


PERSEDIAAN PASUKAN HOKI SMKDMT MENGHADAPI LHRM 2015

PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH SUKAN SEBERANG TEMERLOH, PAHANG - LATIHAN BERSAMA MENGHADAPI LHRM 2015


Pasukan Hoki SMKDMT telah mengadakan lawatan dan latihan bersama dengan pasukan hoki Sekolah Sukan Seberang Temerloh pada 13 HINGGA 15 DISEMBER 2014. Tujuan lawatan adalah sebagai persediaan pasukan hoki SMKDMT bagi menghadapi Liga Hoki Remaja Malaysia 2015 yang bakal bermula pada 16 Januari 2015 nanti. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Sukan Seberang Temerloh yang sudi menerima kehadiran kami. Layanan yang diberikan amat baik dan kami amat menghargainya.TERIMA KASIH sekali lagi...........


FOTO BERSAMA PEMAIN-PEMAIN SEK SUKAN SEBERANG TEMERLOH

SESI LATIHAN....
SESI LATIHAN.....


SESI LATIHAN....
SESI LATIHAN BERSAMA SS SEBERANG TEMERLOH


SESI LATIHAN BERSAMA SS SEBERANG TEMERLOH
SESI LATIHAN BERSAMA SS SEBERANG TEMERLOH
SEBELUM BALIK.....SINGGAH SEBENTAR DI TASEK BERA......

Tuesday, December 23, 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SMKDMT 2014

KECEMERLANGAN ATLET-ATLET HOKI SMKDMT

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SMK. DATO' MOHD TAHA 2014 telah diadakan pada 21 NOVEMBER 2014 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Tuan Haji Hamzah bin Haji Abu PMC, ANS. Majlis Anugerah ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah agar dapat menyuntik semangat mereka untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Pada majlis anugerah itu juga, ramai atlet hoki sekolah ini telah menerima anugerah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet-atlet hoki SMKDMT. Berikut merupakan Anugerah yang dimenangi atlet- atlet hoki SMKDMT dalam majlis tersebut :

ANUGERAH BINTANG KOKURIKULUM

HAFIZAN BIN ZAINAL


ANUGERAH CEMERLANG GRED A KOKURIKULUM


    
      HAFIZAN B. ZAINAL
NORUL HERIZAN B. NORANI
MUHAMMAD HAMERAN B.
ANUAR

                                                                                                         

MUHAMMAD AL-DEANNIAL
B. ABDULL RAHMAN
MOHAMMAD HARITH B.
MOHD FADZIL
MUHAMMAD RASUL B.
ABDULLAH

               
     
MOHD SHAFIQ B.
MOHD ZAPI
               

ANUGERAH SINAR-PELAJAR YANG LULUS SEMUA MATA PELAJARAN




 
  PUTERA AMIRUL
 AQTHARUDIN B.MOHD NIZAM
 
SHAHRUL NIZAM B.
AWALUDDIN

ANUGERAH PEMIMPIN MUDA PEGAWAS

ANUGERAH PEMIMPIN MUDA ( ASPURA )

PUTERA AMIRUL
AQTHARUDDIN B.
MOHD NIZAM

ANUGERAH 'FULL COLOURS' KOKURIKULUM

          1. HAFIZAN BIN ZAINAL
          2. NURUL HERIZAN BIN NORANI
          3. MUHAMMAD HAMERAN BIN ANUAR
          4. MOHD SHAFIQ BIN MOHD ZAPI
          5. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD FADZIL
          6. MUHAMMAD RASUL BIN ABDULLAH
          7. MUHAMMAD AL-DEANNIAL BIN ABDULL RAHMAN
          8. MUHAMMAD ASHRAFF BIN ISHAK
          9. MUHAMMAD ASYRAF DANISH BIN WASIS
          10. MOHAMAD AIDIL BIN AHMAD HASIRI
          11. MUHAMMAD AR;RAFIQ BIN ROSLI
          12. MUHAMAD IDHAM BIN YUSIFF
          13. ZULHAIRI BIN ISHAK
          14. JEFRI BIN JA'AFAR
          15. MOHAMAD AMIRUL RAYASOUL BIN ISHAK
          16. MUHAMMAD ZULHAKIM BIN ABDUL RAHIM
          17. NUR AIMAN BIN PATIHI
          18. SHAHRUL NIZAM BIN AWALUDDIN


Terima kasih kepada jurulatih, pengurus, para atlet serta pihak pengurusan sekolah yang telah memberi sokongan yang tidak berpelah bahagi kepada pasukan hoki sekolah. Moga kejayaan lebih gemilang bakal diraih pada tahun hadapan.